Thursday 8 March 2012

Setem Kenangan Program Penyelidikan Antartika

KAKITANGAN Pos Malaysia, Isma Marlina Mohd. Ismail menunjukkan koleksi setem bertemakan Program Penyelidikan Antartika Malaysia di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR — Pos Malaysia Bhd akan mengeluarkan setem kenang-kenangan serta barangan filateli yang bertemakan Program Penyelidikan Antartika Malaysia mulai Khamis ini. Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata, pengeluaran setem itu dengan usahasama Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, juga bersempena lawatan kerja Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada November tahun lepas ketika baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Yasmin berkata, setem segi empat sama dalam dominasi 60 sen dan 90 sen serta sampul surat hari pertama berharga 50 sen boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia seluruh negara. Sehubungan itu, beliau meminta peminat serta pengumpul setem agar mendapatkan koleksi setem itu dengan segera kerana jumlah cetakannya adalah terhad dan tidak akan diulang cetak apabila stoknya habis.

"Pengumpul setem digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Standing Orred Deposit Account (SODA) untuk mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia” katanya kepada pemberita di sini.— BERNAMA

Sumber dari akhbar Kosmo. 
6 Mac 2012 | 3:28pm

TC: Bagi para kipas susah mati setem tempatan, bolehlah mendapatkan koleksi setem berkenaan di pejabat pos mulai hari ini :)

No comments:

Post a Comment