Sunday 26 February 2012

Pedang Titih Pusaka

Pedang Titih Pusaka

Hari ini, aku nak kongsikan kepada rakan-rakan blog antara koleksi barangan yang dikumpul iaitu sebilah pedang. Aku namakan ia Pedang Titih Pusaka.
Pedang ini dibeli melalui seorang kenalan pada tahun 2007. Aku tidak pasti tentang mutu, gaya dan keunggulannya (celemek... macam iklan rokok zaman 90'an pulak dah) kerana aku bukanlah pakar senjata. Lagipun pedang ini bukanlah untuk dijual. Sayang beb, bukan senang nak dapat benda-benda macam nie. So, aku amat menghargainya.

Siapa penempa atau pemilik asalnya aku sendiri pun tidak tahu. Panjangnya (termasuk hulu) melebihi setengah depa. Hanya mereka (& Allah) sahaja yang tahu asal-usul pedang ini.

Bagi aku, pedang ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Korang nilailah sendiri melalui gambar yang telah aku lampirkan dalam entri ini.

Lihat di sini untuk melihat slideshow gambar Pedang Titih Pusaka yang lain-lainnya.

TC: Aku sengaja namakan ia Pedang Titih Pusaka kerana hendak mewariskan kepada keturunanku di kemudian hari... :)



No comments:

Post a Comment